♔Your my past ♥♔
Wednesday, 7 December 2011 | 03:18 | 0 love drops

# Cinta Tidak Boleh Diluah Tanpa Kata - Kata .

MUHAMMAD FAIZAL . Kalau dtanya tujuh bulan lepas sayangkah saya pada awak , akan saya jawab 'shera cinta faizal' . Tapi maaf , kali ni , sayang itu bukan milik awak lagi . Malah cinta jauh sekali . Cukuplah derita yang awak taburkan dulu . Kerana EGO , awak sanggup lepaskan saya dengan satu kata 'walau apa pun yang terjadi , saya takkan kembali pada awak ' . Tapi semalam , awak kembali lagi . Kehadiran awak cukup buat saya mengalirkan air mata untuk awak kesekian kalinya . Kenangan yang telah saya simpan kemas , semua terlayar kembali .




Awak , andai awak sedar dari dulu , awak takkan kecewa . Dan pasti saya akan berikan jawapan yang positif . Tapi maafkan saya kerana terpaksa kecewakan awak kali ini . SHAIRA yang awak kenali dulu , dah mati setelah Muhammad Khairul Aizat yang jadi raja di hati saya . Dia tidaklah sempurna . Tidak juga sentiasa bahagiakan saya . Namun dialah yang mengajar saya erti hidup sebenar . Dan kerana dialah saya berdiri di sini . Berubah agar kuat untuk teruskan sisa harapan yang awak hancurkan dulu . Biarlah memori bersama hanya untuk dikenang . bukan untuk diulang . Maafkan saya . Aku bukanlah untukmu 

I'm Sorry , 
SHAHIRAH .

Hearts, Nur Shahirah

♥ Past / Future ♥