♔Kau di ingatan♔
Thursday 2 February 2012 | 04:15 | 0 love drops

# Pergilah awak . Barangkali itu yang terbaik untuk kita . 

Assalamualaikum W.B.T. Kreol , kau apa khabar ? Harap kau sihat dan bahagia sentiasa . Untuk kesekian kalinya , aku amat rindui kau sayang . Nak sangat dengar suara kau . Dapat text 'imissyou' dari kau macam dulu . Gurauan kau yang sweet . Hurmm , teramat rindu :') Agaknya kau masih ingat aku lagi tak ? Yang satu ketika dulu kau sayang . Yang kau rindu . Sebab aku tak pernah lupa kau di setiap hari - hari aku ♥  Kenangan yang sentiasa terlayar di fikiran , kadang - kadang buat air mata aku jatuh jua . Masih terngiang lagi gelak tawa kau saat kita bersama . Kreol , aku dah redha kau bukan untuk aku . Dah lepaskan kau pergi demi kebahagiaan kau . Serius aku mampu untuk tersenyum ikhlas . Banyak cara yang aku lakukan tuk berubah , kreol . Siang dan malam aku cuba gagahkan diri , cekalkan hati . Aku harap kau hargainya suatu hari nanti :) Yakinlah aku dah berubah . 

Bila cuba lepaskan kau pergi , buat aku faham sesuatu . Bahawa suka , sayang dan cinta itu , tak seharusnya memiliki . Cukup hanya untuk dirasai . Dan kerana itu , aku tinggalkan kisah lalu untuk senyuman gembira kau . Tapi yang bezanya , hati aku dah tertutup rapat untuk mana - mana lelaki . Selagi hati aku masih ada secebis nama kau jua , aku takkan pernah gantikan kau :/ Kreol , walaupun hubungan kita dulu tak seindah yang kau impikan , tapi aku harap ia mampu buat kau bahagia untuk seketika . Apa yang tercoret dalam blog ni , bukan  untuk kau kembali . Dan coretan ini , bukan untuk menagih kasih kau dulu . Ianya cuma untuk kau tahu , kau tetap aku sayang , masih menjadi kekasih aku . Sekali seumur hidup kau , setiakanlah hati kau untuk dia . Andai dia tersilap , bimbinglah dia . Aku doakan kisah cinta yang terjalin antara kau dengan yana akan kekal hingga ke akhir waktu :)

Untuk Lesboo ku , Haydaa . Terima kasih sebab sudi jadi BFF shera . Iloveyou girl :* Thanks again sebab sudi naikkan 'saham' shera dalam blog ayda :D Sumpah shera terharu sangat . Sebak hati nehh bila baca post BLOG ayda . Ayda orang yang kedua sudi post something nice untuk shera :) Thanks so much pretty Hey  Nikita Willy Malaysia , ayda yang tabah okay ? Kuatkan hati . Shera tau ayda terluka dengan sikap alef . Even ayda cakap ayda tak menyesal dengan keputusan ayda , dah tawar hati , mampu teruskan semuanya tanpa alef ,  tapi dalam hati ayda , masih mengharap semua ni mimpi kan ? :') Sayangs , shera yakin satu hari nanti , alef akan sedar , hanya ayda yang ikhlas sayangkan dia . Gadis yang tak 'MATANG' dan tak 'SERIOUS' nehh yang akan dia ingat . Dulu kreol pernah pesan dekat shera . Dan kini , shera nak pesan dekat ayda . 'Lupakan memori silam , ingatlah kenangan bersama' . Andai ayda rindu alef , lewatilah masa yang membahagiakan . Selalu tahu ayda tak pernah sendirian . Shera dan mereka yang lain akan sentiasa ada untuk ayda . Imissyou , lesboo :*


# Meski suatu hari nanti aku penat untuk menunggu , tapi nama kau akan tetap aku panggil . 


Sincerely ,
Woohyun's

Hearts, Nur Shahirah

♥ Past / Future ♥