♔Selamat Tinggal Sayang♔
Sunday 12 February 2012 | 13:37 | 0 love drops

# Di sebalik wajah ceria itu , tersimpan seribu satu cerita yang menyayat hati

Muhammad Khairul Aizat Bin Mohd Abdul Jalil . Itu nama penuh kau kan babe ? Aku masih ingat sampai sekarang :') Kita bermula dari Facebook . Dan juga berakhir di situ . Tujuh bulan kenal kau , sayang kau , setia dengan kau , rindu kau . Semua tuu memori terindah yang pernah aku miliki . Kau hadir saat aku perlukan teman . Kau hulurkan semangat saat aku jatuh sendirian . Kau juga berikan aku tangis pabila kegembiraan aku  gapai . 20 JUNE 2011 - 12 DECEMBER 2011 . Tarikh itu akan sentiasa aku kenang . Sepanjang tarikh itu pelbagai dugaan yang menguji kasih kita kan ? Dengan hati kau yang berubah , tindakan kau untuk jaga hati aku , kelakuan aku yang kebudak - budakan . Terima kasih untuk segalanya babe :) Kreol , semalam cukup dua bulan kita break kan ? Sehingga detik itu aku sentiasa tunggu kau . Nantikan kehadiran kau . Tapi kau tak kunjung tiba . Saat aku sendiri jua kau tiada untuk kuatkan aku . Aku faham kau mungkin dah lupa aku :'>

Sayang , aku datang lagi pada pagi ini untuk ucapkan selamat tinggal . Aku pergi untuk tunaikan janji aku . Untuk berubah menjadi yang lebih baik . Untuk kejar cita - cita aku . Dan demi itu , aku terpaksa tinggalkan segalanya tentang kau di sini . Buku Diary kita , aku tutup kemas agar cerita tentang kita , takkan mengganggu impian kita untuk berjaya . Kau masih ingat janji dulu kan ? Kau nak study betul - betul . Kau nak ubah nasib keluarga kau . Then kalau ada jodoh , kau akan cari aku :') Kalaulah #Hurm :') Kreol , terima kasih untuk kesekian kalinya . Terima kasih kerana pernah  sayang aku , sabar dengan sikap aku , sentiasa di sisi aku . Aku amat hargai detik indah kita bersama . Perginya aku dengan harapan kau sentiasa bahagia sayang . Andai satu saat nanti kau rindu aku , ulangilah coretan aku dulu . Agar kau sentiasa yakin , aku tak pernah berpaling untuk kasihi lelaki lain selain kau 

Aku akan kembali apabila aku dah berjaya nanti . Tunggu aku , kreol . Sebab aku tak pernah lelah untuk tunggu kau , tak lelah untuk setia . Untuk detik lalu , kau adalah satu - satunya insan yang bertakhta di hati aku . Tapi andai benar jodoh itu bukan milik kita , aku akan kembali dengan si dia . Dan saat itu , pastinya cinta aku pada kau kini , sudah terhapus . Kreol , aku doakan kau bahagia dunia dan akhirat . Selalu tahu , jika kau jatuh dan sendirian , Allah ada bersama kau . Hanya Muhammad kekasih kau yang paling agung , sayang . Ira pergi dulu , Ejad . Jaga diri Ejad . Salam sayang .


Love ,
Kresha's

Hearts, Nur Shahirah

♥ Past